102ND ALUMNI ASSOCIATION REUNION CELEBRATE
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
Universiti Malaya turut diundang untuk menghadiri 102nd Alumni Association Reunion Celebration yang berlangsung pada 22 November 2025 bertempat di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapura anjuran Alumni Association of King Edward VII College of Medicine serta Faculty of Medicine, Universiti Malaya dan universiti di Singapura.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran dua tokoh negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, yang juga merupakan alumni Universiti Malaya. Kehadiran mereka sekali gus membuka peluang berharga kepada wakil pelajar UM untuk bersemuka dan mendapatkan nasihat secara langsung daripada kedua-dua tokoh negara, menjadikan pengalaman ini satu momen yang amat bermakna dalam pembentukan aspirasi mereka sebagai generasi pelapis negara.