Majlis Jom Kupi-Kupi Bersama Alumni Lambayan D'Bayu berlangsung meriah di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis santai penuh bermakna ini berjaya menghimpunkan para alumni dari Sabah untuk berkongsi cerita, mengimbau kenangan dan bertukar pandangan.




.jpg)
Pertemuan ini bukan sahaja mengukuhkan ikatan silaturrahim, malah membuka ruang kepada idea dan kerjasama baharu dalam kalangan alumni dan universiti.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir.
Semoga kita terus kekal berhubung dan berjumpa lagi dalam program-program akan datang.