• CARIA UM
  • caria@um.edu.my
logo
logo

MAJLIS PELANCARAN JOM POTONG ZAKAT

Oct 05, 2023
09.00 AM - 11.30 PM

ANDA HERO ZAKAT UNIVERSITI MALAYA

Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pelancaran Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan Khas Warga Universiti Malaya (UM) di Balai Ungku Aziz (BUA), Fakulti Pergigian UM.

Kempen berkenaan telah berlangsung selama 3 bulan bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2023, khas buat kakitangan UM, untuk mula, tambah dan tukar potongan gaji zakat ke PPZ-MAIWP.

Alhamdulillah bantuan zakat telah diagihkan seperti berikut:

✅RM742,300.00 bantuan zakat kepada 529 orang asnaf pelajar.
✅RM90,000.00 bantuan zakat kepada 146 orang asnaf staf.
✅RM231,000.00 bantuan zakat bagi naik taraf dan penyelenggaraan surau-surau di kolej kediaman.

Seramai 39 staf telah dilantik menjadi sahabat zakat UM yang berperanan sebagai sumber rujukan mengenai info zakat oleh kakitangan UM.

Dengan berlangsungnya kempen ini, semoga lebih ramai dapat menunaikan zakat melalui potongan gaji di UM agar dapat menyantuni lebih ramai asnaf dalam kalangan warga UM 🤗

Ucapan penghargaan turut dirakamkan kepada PPZ-MAIWP atas segala sokongan dan bantuan zakat untuk dimanfaatkan oleh warga UM.


#MemudahkanAndaBerzakat
#TerimaKasihPembayarZakat
#MAIWP
#umisone
#um