• Alumni Engagement Centre
  • alumni@um.edu.my
  • 03-7967 7803
logo
logo

PELANCARAN ALUMNI CHAPTER INDONESIA

Oct 06, 2025
08.00 AM - 02.00 PM
HOTEL MILLENNIUM, JAKARTA, INDONESIA

Jaringan Alumni Universiti Malaya terus berkembang ke peringkat antarabangsa.

Pusat Hubungan Alumni Universiti Malaya (UM) dan UM Giving telah berjaya melaksanakan Pelancaran Alumni Chapter Indonesia pada 6 Oktober 2025 bertempat di Hotel Millenium, Jakarta, Indonesia.

Pelancaran ini disempurnakan oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman, Pendaftar UM yang mewakili Naib Canselor UM, dengan disaksikan oleh YBrs. Puan Nor Hafizah Abdullah, Pengarah Pusat Hubungan Alumni UM dan YBhg. Profesor Dato’ 

Dengan kehadiran lebih 100 alumni yang kini berkhidmat di pelbagai sektor profesional di Indonesia dan hampir 200 mahasiswa daripada institusi sekitar Jakarta dan Bandung, program ini bukan sahaja mempererat jaringan alumni UM di rantau Asia Tenggara, malah membuka peluang baharu kepada potensi kolaborasi akademik dan industri antara Malaysia dan Indonesia.