.jpeg)


Perbincangan bersama barisan Exco Tertinggi Persatuan Alumni Chapter Indonesia diadakan bertempat di pejabat Rektor Universitas Muhammadhiyah Sumatera Utara (UMSU). Tumpuan diberi kepada program Pelancaran Alumni Chapter Indonesia serta persediaan pelaksanaan Simposium Kewangan Filantropi yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2025 di Jakarta, Indonesia.
Antara alumni yang turut hadir ialah Prof. Dr. Ir. Djohar Arifin Husin, Prof. Dr. Hidayat, Prof. Sri Susilowati, Ph.D dan Ir. Robert Tua Siregar, Ph.D. Pada tengah harinya turut berlangsung perhimpunan Alumni UM yang dihadiri oleh kira - kira 30 orang Alumni UM di UMSU.
Semoga hubungan dua hala ini terus diperkukuh bagi memperkasa inisiatif pembangunan alumni pada masa hadapan.