• Alumni Engagement Centre
  • alumni@um.edu.my
  • 03-7967 7803
logo
logo

PROGRAM PERKAMPUNGAN KEKELUARGAAN (OPKIM)

Sep 19, 2025
12.00 AM - 12.00 AM
KUALA TAHAN, JERANTUT, PAHANG

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kampung Kuala Tahan, Jerantut memang penuh dengan energi dan semangat kekeluargaan.

Hari pertama Program Perkampungan Kekeluargaan

Aktiviti dimulakan dengan sesi pertemuan antara pelajar dan keluarga angkat. Ada yang malu-malu, ada juga yang terus mesra macam dah lama kenal!

Program diteruskan dengan sesi motivasi yang memberi suntikan semangat, membina jati diri, meningkatkan keyakinan, dan menanam rasa kebersamaan.


Hari pertama menjadi permulaan yang baik untuk mengeratkan ukhuwah, menanam nilai kerjasama, dan membina persaudaraan antara mahasiswa dan komuniti Kuala Tahan sepanjang OPKIM berlangsung'

-----------------------------------------------------------------------

Hari Kedua OPKIM Kuala Tahan 2025: Penuh Aktiviti dan Penuh Makna!

Peserta memulakan pagi dengan eksplorasi alam, menikmati keindahan hutan hujan tropika Taman Negara Pahang yang cukup memukau.

 Seterusnya, aktiviti gotong-royong sekitar kampung 

Aktiviti merewang untuk persediaan Majlis Tahlil dan Jamuan Kenduri Sekampung

 Sukaneka OPKIM yang mencabar semangat kesukanan, menghadirkan gelak tawa tak putus.

Malam pula diserikan dengan Majlis Tahlil dan Jamuan Kenduri Sekampung yang yang meriah dan betul-betul terasa eratnya silaturahim.

-------------------------------------------------------------------

Hari terakhir : Majlis Perasmian Penutupan Program Perkampungan Kekeluargaan - Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

berlangsung dengan penuh bermakna pada pagi 21 September 2025 melalui Majlis Perasmian Penutupan Program Perkampungan Kekeluargaan - Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang disempurnakan oleh Profesor Dr. Nazirah Hasnan, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

10 Pusat Tanggungjawab (PTJ) UM dan Jabatan luar seperti pihak AADK, Perpustakaan Negeri Pahang (Cawangan Jerantut) menyertai pameran organisasi serta penduduk Kampung Kuala Tahan turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat – daripada keluarga angkat, penduduk Kampung Kuala Tahan, mahasiswa, hinggalah kepada pihak penaja dan penganjur bersama – atas dedikasi, kerjasama dan komitmen bagi menjayakan OPKIM Pahang 2025.