Sempena MSKP Pusat Asasi Sains UM, para pelajar baharu diberi peluang istimewa untuk menyelami pengalaman dan panduan daripada alumni yang pernah melakar jejak di laluan sama.
Lebih bermakna, sesi ini berlangsung bertepatan dengan Hari Alumni Universiti Awam Malaysia, 18 Julai 2025 hari memperingati sumbangan dan dedikasi alumni dalam mencorak landskap pendidikan negara.
"Dari dewan ini, lahir pemimpin masa depan. Dari alumni, hadir semangat untuk terus maju."