
.jpeg)

Pusat Hubungan Alumni Universiti Malaya (UM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia pada 2 September 2025. Lawatan ini bertujuan memperkukuh Jejak Alumni melalui program kerjasama serta mempererat hubungan antara Alumni UM dan pihak UMSU.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sambutan mesra yang diberikan oleh pihak UMSU, khususnya dengan kehadiran Rektor UMSU Prof. Dr.Agussani., M.Ap, serta Timbalan - Timbalan Rektor Prof. Dr. M. Arifin, SH, M.Hum, Prof. Madya Dr. Rudianto, M.Si.
Turut hadir Wakil Rektor 3 bidang Kemahasiswaan, Alumni dan Kerjasama, Dr. Sukma Lesmana, PhD., Ketua CDAC UMSU dan YBhg. Dato' Seri Prof. Dr. Ir. Djohar Arifin Husin, Presiden Alumni UM Indonesia.
Delegasi UM diwakili oleh Pengarah Eksekutif Pusat UM Giving, Dr. Azni Zarina Taha, dan Pengarah Pusat Perkhidmatan Kebudayaan dan Kesenian, En. Ramzi Ramli.