MAJLIS PENGHARGAAN DARIPADA TAN SRI DR. LIM WEE CHAI, PENGASAS DAN PENGERUSI EKSEKUTIF TOP GLOVE CORPORATION
![]() | ![]() | ![]() |
Pusat Hubungan Alumni memenuhi undangan khas YBhg. Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation yang juga alumni terkemuka Universiti Malaya.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah wakil dari Fakulti Bahasa dan Linguistik iaitu Dekan Fakulti, Profesor Dr. Surinderpal Kaur bersama beberapa orang pensyarah.
Undangan daripada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation ini adalah sebagai menghargai sumbangan yang telah dihulurkan oleh Pusat Hubungan Alumni serta Fakulti Bahasa dan Linguistik dalam menyiapkan Buku Biografi Tan Sri Dr. Lim Wee Chai.
Semoga sinergi dalam koloborasi ini dapat diteruskan lagi untuk projek kerjasama yang akan datang.