• Welcome to Alumni Engagement Centre
  • alumni@um.edu.my
  • 03-7967 7803
logo
logo
MISI BANTUAN BENCANA ALUMNI CHAPTER INDONESIA, UNIVERSITI MALAYA

Alumni Chapter Indonesia Universiti Malaya telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa wilayah di Aceh, khususnya di sekitar Aceh Tamiang.

Bantuan ini merangkumi keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan pakaian bagi meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang berdepan dengan ujian kehidupan akibat bencana alam yang tidak diduga.

Inisiatif ini adalah manifestasi semangat ukhuwah, keprihatinan dan solidariti alumni Universiti Malaya, merentasi sempadan geografi dan negara. Dalam saat sukar, alumni Universiti Malaya hadir bersama, bukan sekadar membawa sumbangan, tetapi juga membawa harapan.

Semoga usaha yang digerakkan oleh Alumni Chapter Indonesia Universiti Malaya ini memberi manfaat dan membantu penduduk Aceh Tamiang untuk bangkit semula.