SAMBUTAN DELEGASI ALUMNI CHAPTER INDONESIA
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
Selamat datang delegasi Alumni Chapter Indonesia ke Universiti Malaya, diketuai oleh Prof. Sri Sulistyawati, SH. MSi. PhD, Naib Presiden Alumni Chapter Indonesia.
Pusat Hubungan Alumni amat berbesar hati menerima kunjungan ini, yang bukan sahaja memperkukuh hubungan persahabatan antara Universiti Malaya dan komuniti alumni di Indonesia, tetapi turut membuka peluang kerjasama strategik dalam memperluas jaringan global alumni.
Kunjungan balas ini merupakan kesinambungan daripada Pelancaran Alumni Chapter Indonesia pada 6 Oktober 2025, yang telah membuka ruang dialog lebih mendalam bagi memperkasa program bersama pada masa hadapan. Delegasi ini diwakili oleh 8 orang Profesor dari Universitas Medan Area, Universitas Amir Hamzah Medan, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara, dan Universitas Prima Indonesia.