• Welcome to CARIA UM
  • caria@um.edu.my
logo
logo

Kuala Lumpur, 1 Mac 2024 - Mengambil berkat penghulu segala hari, di hari Jumaat yang mulia ini kami tekad meneruskan Agenda Pemerkasaan Zakat di bumi Universiti Malaya, Bahagian Zakat & Wakaf, UM Giving Centre (formerly known as Unit Zakat, CARIA) telah menganjurkan Sesi Taklimat Zakat di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurus Pentadbiran, Puan. Sarinah Salip, Sahabat² Zakat dan Warga Fakulti Perubatan serta Fakulti Farmasi dan Fakulti Alam Bina yang turut hadir memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakannya taklimat ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada sahabat-sahabat dari PPZ-MAIWP yang sentiasa menyokong usaha murni kami ini.