
PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI DAN KEMAJUAN INSTITUSI (CARIA) ditubuhkan pada tahun 2019 dengan gabungan di antara Pejabat Perhubungan Alumni (HEPA) dan Institutional Advancement Centre (IAC).
Fungsi CARIA
- Membina pertalian dan penglibatan berterusan serta komited dalam menjalinkan hubungan sepanjang hayat di antara universiti dan alumninya.
- Berkhidmat untuk memperkasakan kehidupan pelajar dan menyokong kemampanan universiti menerusi usaha penjanaan dana sumbangan berimpak yang diterima daripada penderma individu, korporat, organisasi kebajikan dan lain-lain yang prihatin.
Perkhidmatan CARIA
- Platform hubungan alumni dan aktiviti libat urus
- Khidmat semakan dan pengemaskinian pangkalan data alumni
- Hebahan bersepadu email dan sosial media alumni
- Peluang penempatan kerjaya (internship/graduate placement)
- Khidmat nasihat untuk perolehan dan penerimaan sumbangan Derma, Tajaan, Endowmen, Zakat & Wakaf
- Khidmat nasihat proses dan kelayakan permohonan resit sumbangan pengecualian cukai bagi penderma
- Tawaran Bantuan Kewangan Pendidikan dan Kebajikan Zakat kepada pelajar dan staf
- Potongan gaji bagi staf UM untuk sumbangan/zakat


Arief Shamsuddin