• PUSAT HUBUNGAN ALUMNI
  • alumni@um.edu.my
  • 03-7967 7803
logo
logo

UM ENDOWMENT FUND

Aug 28, 2017
12.00 AM - 12.00 AM
Lembaga Pengarah Universiti di dalam mesyuarat pada 28 Ogos 2017 telah meluluskan penubuhan Tabung Endowmen UM. Tabung Endowmen UM ditubuhkan dengan matlamat untuk memastikan kelestarian kedudukan kewangan Universiti bagi jangka masa panjang melalui sumbangan dana oleh individu, syarikat korporat, alumni, agensi luar dan staf Universiti Malaya. Ianya merupakan inisiatif UM bagi menyokong aktiviti yang dapat meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan termasuk pemberian biasiswa/ bantuan kewangan kepada pelajar. UM mengalu-alukan dan amat menghargai sokongan warga UM. Warga UM yang berhasrat untuk menyumbang melalui potongan gaji boleh berbuat demikian dengan mengisi maklumat sumbangan melalui UM Portal : UM Portal  Staff E-ServicesEndowmen Sumbangan anda mampu memberi impak yang besar, ke arah kecemerlangan UM. Pengurusan UM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan berterusan warga UM. Sekian, terima kasih.