Pada hari pertama beliau bertugas di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), YBrs. Prof. Dr. Zamri Radzi telah mengadakan lawatan mesra ke Pejabat Pusat Hubungan Alumni. Kami sangat berbesar hati atas kesudian beliau melawat dan menyantuni kami.
Tahniah diucapkan kepada YBrs. Prof. Dr. Zamri Radzi atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya yang berkuat kuasa pada 28 Jun 2024.
Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat terus membawa kecemerlangan dan memacu kejayaan kepada Universiti Malaya, khususnya dalam bidang hal ehwal pelajar.