YBrs. Puan Nor Hafizah Abdullah Dilantik Sebagai Pengarah Pusat Hubungan Alumni
Pusat Hubungan Alumni, Universiti Malaya, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Nor Hafizah Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Hubungan Alumni, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya, berkuat kuasa 3 Mac 2025.
Dengan kepimpinan yang dinamik dan komitmen yang tinggi, semoga beliau dapat terus memacu kecemerlangan Pusat Hubungan Alumni serta memperkukuh hubungan antara alumni dan universiti ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
Tulus ikhlas,
Pusat Hubungan Alumni, HEP UM