Universiti Malaya dengan bangganya menganjurkan Pertandingan Debat Malaya Keamanan Pertiwi 2024 yang berlangsung dengan jayanya pada 21 julai 2024. Majlis dirasmikan oleh YB Senator Mohd Hasbie Muda, seorang alumni yang cemerlang dari Universiti Malaya. Kehadiran beliau menambah kemeriahan acara dan memberikan inspirasi kepada para peserta.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan mereka dan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan juri yang terdiri daripada alumni Universiti Malaya. Komitmen dan kepakaran mereka telah menyumbang kepada kejayaan pertandingan ini.
Universiti Malaya terus komited dalam memupuk nilai-nilai Malaysia Madani dan semangat 'Segulai Sejalai' melalui acara seperti ini yang menggalakkan pemikiran kritis dan perdebatan yang konstruktif. Pertandingan ini turut mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan alumni, selaras dengan moto 'UM is One'.
#MalaysiaMadani #SegulaiSejalai #UMisOne #KK9 #homeofthebright #landofthebrave UM Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya Persatuan Alumni UM (PAUM) #AlumniTerbilang